06 Januari 2011

Modul BMM3107_ Pengantar Linguistik


Linguistik  Umum dan Linguistik Gunaan
Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum. Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.
 Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.
 Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul  ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. Perkara  yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.
 Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan. Dalam  meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.
Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan
Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.
“Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.
 Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.  Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna. Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.
 Kaedah glotokronologi  mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri.
 Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.
 Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa. Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.  Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.
 Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.
 Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk.
 Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu

02 Januari 2011

Sistem Bunyi Bahasa Melayu


Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. 
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi  dalam sesuatu bahasa. 

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA   

1.
Bibir atas
11.
Tengah lidah
2.
Bibir bawah
12.
Belakang lidah
3.
Gigi atas
13.
Akar lidah
4.
Gigi bawah
14.
Epiglotis
5.
Gusi
15.
Pita suara
6.
Lelangit keras
16.
Rongga tekak
7.
Lelangit lembut
17.
Rongga Hidung
8.
Anak tekak
18.
Rongga mulut
9.
Hujung lidah
19.
Rahang
10.
Hadapan lidah
20.
Tenggorok
FUNGSI ALAT PERTUTURAN 
Lidah
   Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada  empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan  belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.  
Gigi 
   Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. 
Bibir 
   Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan  mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. 
Gusi
   Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 
Lelangit 
   Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.  Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.  
Rongga Hidung 
   Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.
Pita Suara
   Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
 
JENIS-JENIS BUNYI
Bunyi Vokal 
   Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan.  Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh  pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.   
Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

10 Disember 2010

PAMERAN PBK PGSR BMM801/802

Salam 1 Malaysia  buat semua rakan-rakan.Saya amat berbangga dan berpuas hati atas semua kerja berpasukan kita semua.Inilah dikata kerja bersama hasil bersama.Buat rakan yang membantu mengemas meja pameran ,saya amat terhutang budi.Hanya Tuhan yang membalas jasa kalian.Begitu juga yang menolong mengangkat meja pameran.Selamat exam.bye.




URL RAKAN/RUJUKAN



06 Disember 2010

Pautan Nota BM

Alamat Internet

  1. Khasiat buah
    http://www.rurallink.gov.my/
  2. Ayat Inti
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ainti.htm
  3. Kata Ganda
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kganda.htm
  4. Kata Arah
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/karah.htm
  5. Kata Keterangan
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kterang.htm
  6. Kata Bilangan
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kbilang.htm
  7. Kata Pembenar
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kbenar.htm
  8. Kata Sendi
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ksendi.htm
  9. Kata Pemeri
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kpemeri.htm
  10. Kata Nafi
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knafi.htm
  11. Kata Penegas
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kpenegas.htm
  12. Kata Penguat
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kpenguat.htm
  13. Kata Bantu
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kbantu.htm
  14. Kata Pangkal
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kpangkal.htm
  15. Kata Perintah
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kprintah.htm
  16. Kata Tanya
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ktanya.htm
  17. Kata Ganda
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kganda.htm
  18. Sejarah Kemerdekaan Malaysia
    http://www.bahasa-malaysia-simple-fun.com/sejarah_kemerdekaan_malaysia.html
  19. Buah- Buahan Tempatan
    http://www.angelfire.com/tv2/fruit/
  20. Kata Seru
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kseru.htm
  21. Kata Sifat
    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ksifat.htm
  22. Tatabahasa
    http://www.wilta.org/verbs.htm
  23. Golongan Kata Nama
    http://www.tutor.com.my/stpm/Golongan%20kata%20nama/golongan_kata_nama.htm
  24. Pakaian Tradisional di Malaysia
    http://malaysiana.pnm.my/02/0204010102swkiban_pakaiwanita.htm
  25. Pakaian Sabah
    http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/pakaian_intro.asp
  26. Pakaian Tradisional
    http://shutterbug.nu/2005/11/pakaian-tradisional/
  27. Buah Betik
    http://mindakebenaran.blogspot.com/2006/06/khasiat-buah-betik.html
  28. Destinasi pelancongan Di Malaysia
    http://www.bda.gov.my/bmverse/destinasi/destinasi.htm
  29. Pelancongan Di Sarawak
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelancongan_di_Sarawak
  30. Hotel di Malaysia
    http://www.tripadvisor.com/SmartDeals-g293951-Malaysia-Hotel-Deals.html
  31. Pertanian
    http://bmweb.mida.gov.my/cmspreview/eBerita2.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_370ee2fb-d2bb29d0-d9730000-e9cfd8e1

Polisi dan Etika

Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Maklumat yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Cookies
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan Portal ini.
Pautan kepada Laman Web yang Lain
Portal ini mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
DASAR KESELAMATAN
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PENAFIAN
orazza dot webnode tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada Portal in

Katalog Alamat Internet


Cerita Kanak-Kanak

Tajuk

Tipah Tertelan Duit

URL

Sinopsis


 
Seorang anak yang risau tertelan duit.Ayahnya memujuk dengan cara buat magik keluarkan wang dari telinga anaknya.Anaknya senang hati,tetapi ditelannya semula duit yang telah dikeluarkan oleh bapanya tadi.


Peribahasa

Tajuk

Koleksi Peribahasa Melayu,Simpulan Bahasa Dan Maksud

URL

Sinopsis



Ada 48 jenis peribahasa yang menerangkan tentang kekuatan semangat,jangan sombong,berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan dan sebagainya.


Penjodoh bilangan

Tajuk

Tatabahasa/penjodoh bilangan

URL

Sinopsis


 
Ada sebanyak 58 jenis contoh –contoh penjodoh biolangan seperti angkatan,baris,batang,bentuk dan sebagainya.Diberi tiga jenis penghuraian iaitu : penjodoh bilangan, penggunaan dan contoh.


Pantun

Tajuk

Pantun Kanak-Kanak

URL

Sinopsis


 
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.

 
Ada 23 jenis pantun kanak-kanak yang menerangkan adik pandai baca walau masih kecil,jangan merayau cepat pulang agar keluarga tidak mencari,masa ibu kerja adik jangan menangis dan sebagainya.




Lagu kanak-kanak Melayu Dan Puisi Tradisional Melayu

Tajuk

Lagu Kanak-Kanak : Bangau Oh Bangau

URL

Sinopsis


 
Mengenai nyayian secara kumpulan tetapi berganti-ganti mengikut watak iaitu sebagai watak bangau selaku watak utama,watak lain seperti ikan,rumput,kerbau.perut,nasi,kayu,hujan,katakdan ular

 

 
















Karangan

Tajuk

Contoh Karangan UPSR

URL

Sinopsis


 
Dibahagikan kepada beberapa promosi karangan seperti karangan promosi.karangan hanyat,karangan terkini,surat Rasmi,Surat Tidak Rasmi,Ucapan/Syarahan/Perbahasan,Dailog/Temubual,Berita/Laporan,Catatan Diri,Karangan Berumur 1 Tahun,Bina 5 ayat,Karangan Cerita,Karangan Fakta,Karangan Pertbincangan,Karangan Autobiografi,Karangan Peribahasa,dan sebagainya.

 

 




Permainan Tradisional

Tajuk

Warisan Budaya Malaysia

URL

Sinopsis


 
Menerangkan jenis permainan tradisional di Malaysia seperti :

 
|Aci Sorok||Batu Seremban||Bulu Ayam||Cari Cucu||Congkak||Galah Panjang||Gasing||Guli||Jala Itik||Konda Kondi||Sepak Raga||Teng Teng||Wau|

 
Setiap jenis permainan diberikan penjelasan cara-cara atau peraturan permainan tersebut.                
                                        




Pantun teka teki

Tajuk

Pantun Kanak-Kanak:Teka-Teki

URL

http://klasik.blogmas.com/2007/10/03/pantun-kanak-kanak-teka-teki/

Sinopsis


 
Diberikan beberapa senarai pantun teka-teki.Kemudian jawapan juga diberikan.Murid dapat menggunakan bahan ini dengan seronok kerana terdapat banyak pantun teka-teki.




Pantun Kanak-Kanak

Tajuk

Pantun Nasihat

URL

Sinopsis


 
Menyenaraikan beberapa jenis pantun nasihat yang sesuai dengan kanak-kanak.Melalui bahan ini kanak-kanak boleh menmdapat ilmu bermanfaat kerana membaca teks yang mudah sambil berpantun.

 


































Kartunis Malaysia

Tajuk

Budak Hutan

URL

http://www.budakhutan.com/2008/09/kartunis-malaysia.html

Sinopsis


 
Diseanaraaikan nama kartunis Malaysia seperti Zainal Buang HusseinNik, Bawang, Zint, Aza, Ben, Asan, Rambai, Ujang, Datuk Lat, Tembakau, Cabai, Kromosom, Langkawit, Jaafar Taib, Nud's , ReggieLee..Allahyarham Rejabhad .

 






Kemalangan

Tajuk

Tiga beranak maut dalam kemalangan jalan raya di Tawau

URL

Sinopsis

Tentang kemalangan ngeri nahas jalan raya di Tawau melibatakan kenmderaan Ninja King di kilometre 20,Jalan Tawau-Merotai.

 
Antara mangsa kemalangan ialah Agnes Gau Bole, 36, dan sepasang anaknya, Immanuel Bole (8 tahun), dan Fredercia Indriani Bole, 14.

 






Kemalangan Bangunan Oleh Kapal terbang

Tajuk

Rempuhan Bangunan di New York 2006

URL

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rempuhan_Bangunan_di_New_York_2006

Sinopsis


 
Rempuhan bangunan di New York 2006 berlaku pada 11 Oktober, 2006 apabila sebuah kapal terbang kecil jenis Cirrus SR20 merempuh sebuah bangunan tinggi di Bandaraya New York pada pukul 2:42 petang waktu Amerika Syarikat.


21 orang cedera termasuk 11 ahli bomba yang datang memadam kebakaran.

 






PEMADAM

Tajuk

Tanda-Tanda Penagihan Dadah

URL

Sinopsis

    
Ruangan ini diperincikan kepada Fakta dadah,Jenis-jenis dadah,Tanda-Tanda Penagihan dadah,Akta & Undang-Undang Dadah,Stattistik Penagihan,Statistik HIV/AIDS
    


























Polis
Tajuk
Polis di raja Malaysia
URLhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia
Sinopsis

 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 89,197 orang pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Disenaraaikan senarai tugas-tugas polis.






Bomba
TajukSeanarai Tugas Ahli Bomba
URL
Sinopsis

 
Menyediakan senarai tugas-tugas ahli bomba .Antara kandunga ialah :
Peringkat Organisdasi,Skop Fungsi tugasan, Aspek kewangan dan personel,Aspek operasi,Aspek penguatkuasa Aspek pencegahan dan keselamatan kebakaranan,Aspek penyelidikan, perancangan dan pembangunan,Menguruskan aspe,latihan



 


Gigi
Tajuk
Manfaat Kebersihan Gigi Bagi Kekebalan Tubuh
URLhttp://www.blogtopsites.com/outpost/9d4215167cdcb0beff5a87cfad00f56d
Sinopsis

 
Melalui ruangan ini denyatakan beberapa jenis penyakit berpunca daripada kerosakan gigi dan mulut.Antaranya ialah penyakit jantung,kanser mulut,diabetes dan sebgainya.

 

 






Berat Badan / Kekuatan Kaki
Tajuk
Berlebihan BeraT Badan Dan Kekuatan Kaki
URL
Sinopsis
    
    Menerangkan tentang kepayahan orang yanglebih berat badannya me;lakukan senaman kerana kakinya tidaka dapat menampung berat badannya.


Contoh mudah dalam pergerakan harian ialah berjalan naik dan turun tangga. Walaubaimanapun perlu dinyatakan turun tangga, khasnya pada rentak bersenam, boleh membawa kepada kecederaan lutut maka perlu dilakukan dengan berhati-hati.






Pertahan Diri
TajukSilat Lincah
URL
Sinopsis
Silat Lincah adalah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia dengan nama PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA (PSSLM) .Pertubuhan yang dipimpin oleh DATUK HAJI OMARDIN BIN MAUJU ini yang bergerak aktif sejak dari tahun 1963 dengan 5 anak murid (didaftarkan pada tahun 1969),

 
Telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohammad (kini Tun) pada Disember 1998,