PEMAHAMAN 2
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Dia bangun dan memberitahukan
cita-citanya. Tiba-tiba bilik darjah itu bergema dengan gelak ketawa. Semua
kawan-kawannya memandang ke arahnya dengan kehairanan. Perkataan “peguam” amat
luar biasa kepada mereka. Tambahan pula, ia cuma anak kampung.
Tun Abdul Hamid bin Omar lahir
pada 25 Mac 1929 di Kuala Perlis. Beliau dibesarkan dalam lingkungan keluarga
Melayu yang bukan daripada golongan bangsawan. Bapanya seorang guru kampung
yang menaruh harapan agar anaknya itu menjadi orang yang berjaya. Dengan itu,
Abdul Hamid dibawa ke Kangar untuk diasuh oleh bapa saudaranya yang juga
seorang guru.
Pada tahun 1940, Abdul Hamid
memasuki Maktab Sultan Abdul Halim di Alor Setar tetapi pengajiannya terbantut
sebagai akibat Perang Dunia Kedua. Dalam tempoh berlakunya peperangan itu, dia
menyambung pengajiannya semula sehingga lulus Peperiksaan Senior Cambridge.
Dia menjadi mangsa pilih kasih
kerana tidak diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti. Dia
pergi ke England tanpa biasiswa tetapi mujurlah Tan Sri Jamil Rais membantunya
untuk mendapatkan biasiswa. Dia kembali ke tanah air pada 1955 dan menjadi
majistret. Dari situlah bermula kerjayanya dalam bidang perundangan. Antara
jawatan yang pernah disandangnya termasuklah Timbalan Pendakwa Raya Perak,
Penasihat Undang-undang Perak, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi. Pada 3
Februari 1984, bel bidang perundangan. Antara jawatan yang pernah disandangnya
termasuklah Timbalan Pendakwa Raya Perak, Penasihat Undang-undang Perak, dan
Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi. Pada 3 Februari 1984, beliau dilantik menjadi
Hakim Besar Malaya. Selepas itu, beliau memegang jawatan Ketua Hakim Negara
pada 10 November 1988.
Walaupun menjadi seorang hakim
memerlukan masa yang banyak, hal ini tidak menghalang Abdul Hamid untuk bergiat
dalam sukan. Beliau terpilih menjadi Presiden Persekutuan Golf Asia, Kusta
Malaysia, Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor, dan Persatuan Bulan Sabit
Merah Malaysia.
Abdul Hamid dianugerahi pingat
Seri Setia Mahkota oleh Yang Di-Pertua Agong pada 7 Jun 1989 yang membawa
gelaran Tun. Beliau dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia
mulai tahun 1988 hingga kini.
1 Sejak bilakah Abdul Hamid menyimpan
cita-cita untuk menjadi peguam?
A Semasa
bersekolah di kampungnya
B Semasa
belajar di Maktab Sultan Abdul Hamid
C Setelah
lulus Senior Cambridge
D Sekembalinya
dari England
2 Mengapakah ayah Abdul Hamid
menyerahkan beliau di bawah jagaan bapa saudaranya?
A Demi
mencapai cita-citanya
B Agar
dapat belajar bahasa Inggeris
C Supaya
Abdul Hamid dapat menyambung pelajarannya
D Kerana
berlakunya Perang Dunia Kedua
3 Bagaimanakah Abdul Hamid Omar
membiayai pengajian di luar negara?
A Melalui
biasiswa
B Melalui
pinjaman
C Melalui
perbelanjaan sendiri
D Melalui
bantuan Tan Sri Jamil Rais
4 Apakah jawatan tertinggi dalam
bidang undang-undang yang pernah dijawat oleh Tun Abdul Hamid Omar?
A Hakim Besar Malaya
B Ketua Hakim Negara
C Hakim Mahkamah Persekutuan
D Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
5 Pernyataan yang berikut BENAR
tentang Abdul Hamid Omar, kecuali
A dia anak seorang pendidik.
B dia mendapat anugerah kebesaran.
C dia seorang ahli sukan yang
berjaya.
D dia
dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.