PEMAHAMAN 1
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Banyak pihak yang mendakwa
bahawa ibu-ibu lebih cenderung menyusui anak mereka dengan susu tiruan.
Keadaan ini wujud kerana kebanyakan ibu terpengaruh oleh iklan-iklan tentang
kebaikan dan khasiat susu tiruan yang sering disiarkan di media massa. Oleh
itu, tidak hairan jika terdapat ibu-ibu yang memilih susu tiruan untuk
diberikan kepada bayi mereka. Keadaan ini amat ketara berlaku di kalangan
ibu-ibu yang tinggal di bandar.
Ada beberapa sebab keadaan ini
berlaku. Pertama, sebahagian besar wanita yang tinggal di bandar terdiri
daripada mereka yang bekerja. Oleh hal yang demikian, mereka tidak mempunyai
masa yang cukup untuk menyusui sendiri bayi mereka kerana ikatan kerja. Kedua,
sebahagian daripada wanita-wanita di bandar amat mementingkan kecantikan tubuh
badan. Dengan demikian, kerja menyusui anak ini dianggap remeh. Ketiga, ada
juga sesetengah wanita yang tidak sedar akan ketinggian khasiat susu ibu.
Menurut pendapat doktor,
pemberian susu ibu kepada bayi adalah lebih baik daripada susu tiruan untuk
kesihatan dan perlindungan bayi. Ketinggian khasiat susu ibu adalah jelas jika
kita perhatikan kepada proses pembentukan susu itu sendiri. Di peringkat permulaan,
susu ibu terbentuk hasil percampuran estrogen, progestron, dan prome
yang mengalir dalam saluran darah. Selepas itu, semua hasil campuran kimia
bahan dan bahan makanan yang dimakan oleh ibu yang disebut “kolustrum” yang
mempunyai khasiat yang amat tinggi. Kandungan susu ibu kaya dengan protein dan
asid amino yang memainkan peranan penting dalam mempercepat proses pembesaran
bayi. Kandungan bahan-bahan kimia dalam susu tersebut dapat juga mengawal bayi
daripada dijangkiti penyakit dan bertindak untuk menghapuskan kuman.
Pemberian susu ibu juga dapat
mengurangkan kekerapan ibu melahirkan anak, iaitu merupakan kaedah merancang
keluarga secara semula jadi. Jarak kelahiran yang jauh akan menjamin kesihatan
ibu. Hubungan ibu dengan anak akan lebih mesra.
1 Bagaimanakah susu ibu terhasil?
A Melalui
percampuran protein dan asid amino
B Melalui
percampuran estrogen, progestron, dan prome
C Melalui
percampuran “kolustrum” dan pertambahan darah
D Melalui
percampuran kimia dan prolaktin serta pertambahan darah
2 Mengapakah kebanyakan ibu yang
bekerja lebih suka memberi bayi mereka susu tiruan?
A Kerana
mereka kesuntukan waktu
B Kerana
mereka mengutamakan kecantikan
C Kerana
mereka tidak tahu khasiat susu ibu
D Kerana
mereka menganggap proses penyusuan perkara kecil
3 Mengapakah ibu-ibu di bandar lebih
terpengaruh kepada iklan?
A Kerana
mereka banyak terdedah kepada media massa
B Kerana
masyarakat bandar mudah dipengaruhi
C Kerana
kebanyakan mereka terdiri daripada wanita yang bekerja