PEMAHAMAN 3
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Pengerusi : Salam sejahtera rakan-rakan. Pagi ini kita akan membincangkan
cara-cara memupuk tabiat membaca di kalangan murid sekolah. Kita telah
menjemput tiga orang rakan kita yang sudah bersedia dengan hujah masing-masing.
Mereka ialah Saudara Hasan, Saudara Ismail, dan Saudara Mahfuz. Tanpa membuang
masa, saya menjemput Saudara Hasan untuk memulakan perbincangan.
Hasan : Terima kasih, Saudara Pengerusi. Pada pendapat saya, cara yang baik
untuk memupuk tabiat membaca di kalangan murid sekolah adalah dengan
menggalakkan mereka menggunakan perpustakaan.
Pengerusi : Terima kasih, Saudara Hasan. Apakah pula pada pandangan Saudara
Ismail?
Ismail : Tuan Pengerusi, saya rasa, cara yang berkesan untuk memupuk
tabiat membaca adalah dengan
mengkhususkan sedikit waktu dalam sehari untuk membaca. Setiap hari kita mesti
membaca pada waktu yang ditetapkan itu. Lama-kelamaan tabiat membaca akan
berterusan.
Pengerusi : Terima kasih, Saudara Ismail. Apa pula pandangan Saudara Mahfuz?
Mahfuz : Saudara Pengerusi, satu cara lagi yang dapat memupuk tabiat membaca
adalah dengan menubuhkan “Kelab Buku”. Melalui kelab ini, kita dapat
bertukar-tukar buku dan berbincang tentang buku-buku yang telah kita baca.
Tiap-tiap orang hendaklah menderma sebuah buku kepunyaannya kepada kelab ini
sebagai permulaan. Kelas kita ada 40 orang murid. Hal ini bermakna, kita sudah
mempunyai 40 buah buku.
Hasan : Saudara Pengerusi, cadangan Saudara Mahfuz ini amat baik. Saya menyokongnya.
Pengerusi : Saya juga merasakan bahawa cadangan Mahfuz ini amat baik dan patut
dibincangkan dengan lebih mendalam. Apa pula pandangan Saudara Ismail?
Ismail : Saya ingin melanjutkan cadangan Saudara Mahfuz itu supaya almari
yang kosong di sudut sana dijadikan tempat menyimpan buku-buku, Kelab Buku
kita. Saya percaya Cikgu Munirah akan bersetuju.
Pengerusi : Baiklah, diskusi kita pada hari ini mengambil keputusan menubuhkan
Kelab Buku.
1 Apakah tujuan perbincangan ini
diadakan?
A Untuk
menubuhkan Kelab Buku di sekolah
B Untuk mencari jalan
menggalakkan murid-murid membaca
C Untuk menanam semangat membaca di kalangan murid-murid
D Untuk menggalakkan murid-murid menggunakan perpustakaan
2 Kita mengetahui ahli panel telah
membuat persediaan terlebih dahulu melalui
A pembacaan buku.
B cadangan Mahfuz.
C hujah masing-masing.
D penerangan
Pengerusi.
3 Apakah cadangan yang perlu mendapt kebenaran
Cikgu Munirah?
A Mengutip derma
B Mengumpulkan
buku
C Menggunakan
almari
D Mengadakan
perbincangan lanjut
4 Penyataan yang berikut BENAR
tentang
cara memupuk minat membaca, kecuali
A mengadakan
sudut membaca.
B menyediakan
jadual khas membaca.
C menggalakkan
murid-murid membaca
di perpustakaan.
D bertukar-tukar
bahan bacaan di
kalangan murid.
5 Frasa lebih mendalam dalam
petikan
membawa maksud
A tertib. C tersusun.
B teratur. D terperinci.