PEMAHAMAN 4
Baca puisi di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Ingat pesanku wahai belia,
Jangan
berdusta jangan memperdaya,
Jangan kikir
kasihkan kaya,
Jangan boros
yang sia-sia.
Jangan
mengata jangan mengeji,
Jangan
aniaya, bengis, dan benci,
Jangan
takbur diri dipuji,
Jangan
sesekali mungkir janji.
Judi dan arak jangan dirasa,
Dengki khianat
jangan selesa,
Usah bermain
ular yang bisa,
Lambat bangat
akan binasa.
Jangan
meminjam jangan berhutang,
Jangan
meminta bantuan si piutang,
Tabiat
meminjam hendaklah pantang,
Bebas
kehidupan sentiasa ditatang.
Meminjam jangan
meminjamkan jangan,
Barang dipinjam
kerap kehilangan,
Sahabat peminjam,
renggang di tangan,
Hutang merosakkan
maruah pandangan.
Jangan biasakan meminta tolong,
Ke sini
tersembah ke sana terlolong,
Ikhtiar
sendiri bantut tergulung,
Akhirnya
kebolehan lenyap terlelong.
1 Apakah akibatnya orang yang suka
berhutang?
A Akan
dipandang rendah
B Tidak
suka hidup berdikari
C Hidup
sentiasa terkongkong
D Persahabatan
menjadi renggang
2 Mengapakah keupayaan seseorang
terencat?
A Kerana
selalu meminjam
B Kerana
selalu membesarkan diri
C Kerana selalu mungkir janji
D Kerana selalu mengharapkan bantuan
3 Bagaimanakah seharusnya seseorang
itu mengurus hartanya?
A Jangan memberikan pinjaman
B Selalu memberikan bantuan
C Berbelanja secara berhermat
D Berikhtiar sepenuh tenaga
4 Belia dinasihatkan menghindari
sifat-sifat yang berikut, kecuali
A kedekut. C pembazir.
B pemurah. D pembohong.
5 Maksud usah bermain ular yang
bisa dalam petikan ialah
A jangan boros dan fikir.
B jangan suka berhutang.
C jangan melakukan kekejian.
D jangan bermain benda bahaya.