Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan
Linguistik
umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek
teori Ilmu linguistik secara umum. Linguistik gunaan juga dikenali sebagai
linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik
bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.
Linguistik
gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,
kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis
buku-buku teks.Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata,
ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa
asli dan juga bahasa asing.
Linguistik
ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan
bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus
yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. Ada
aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu
terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan
linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah
pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. Menentukan
sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah
tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.
Linguistik
gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang
berhubungan dengan pengajaran bahasa. Pengenalan linguistik gunaan sebagai
suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa
secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan. Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran
bahasa, seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan
sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.
Linguistik
Sejarah dan Linguistik Perbandingan
Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan)
ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya
dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.
“Perhubungan"
membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan
bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan
perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan
itu.
Teknik
asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk
membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan
leksikon. Pada dasarnya, setiap
perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat
munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem
fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. Jika bahasa-bahasa berasal
daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah
perbandingan tidak begitu berguna. Kaedah terawal untuk jenis ini ialah
glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh
ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata
teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa
yang dibandingkan.
Kaedah
glotokronologi mencadangkan penggunaan
formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.
Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa
yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: Tipologi bahasa
membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri.
Linguistik
hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara
penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam
kata-kata pinjaman. Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan
perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu
dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.
Bidang
ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa. Kajian
tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik
iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat
tertentu. Kemudian, kajian perlu
dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan
perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.
Linguistik
sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk
memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui
masa. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau
etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan
perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.
Linguistik
perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara
bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan
persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada
bahasa induk.
Perbandingan
dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang
dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan
linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang
aspek-aspek yang dibandingkan itu